BERNIAGA ONLINE SATU KESALAHAN JIKA TIDAK DAFTAR SSM !!!
Sesiapa sahaja rakyat malaysia yang berhasrat atau sedang menjalankan perniagaan Online wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah pendaftaran perniagaan atau pemerbadanan syarikat.
Kalau tidak ia boleh dianggap satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965.Malah pendaftaran ini juga seiring dengan Peraturan Urus Niaga Elektronik 2012 di bawah KPDNKK.
Jadi kalau nak tahu lebih lanjut datanglah ke Program SSM - Online Networking Entrepreneurs (SSM-ONE) 2015 anjuran SSM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang berlangsung pada 4 - 5 Jun 2015 dari jam 10 am - 930 pm selama dua hari di The Curve Damansara KL.
Program SSM-ONE 2015 ini diadakan bertujuan untuk beri penerangan kepada rakyat malaysia berhasrat atau sedang menjalankan perniagaan secara online tentang betapa penting berdaftar dengan SSM.
Kalau anda pergi program ini nanti,segala persoalan seperti
kenapa perlu daftar ???
Bagaimana daftar?
dan apa-apa pun soalan
pasti boleh dijawab dalam program SSM-ONE ini nanti.
Pada masa yang sama,SSM-ONE juga akan jemput MCMC utk beri penerangan tentang pemberian geran kepada sesiapa ingin mulakan perniagaan secara online.
Sebenarnya banyak agensi atau badan berkaitan yang akan dijemput untuk bagi penerangan tentang perkhidmatan mereka yang mana boleh memberi manfaat kepada peniaga online.
Program akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Hasan Malek
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Sri Rohani Abdul Karim juga akan hadir untuk memberi sedikit amanat dan bercakap sedikit tentang perkhidmatan kementeriannya yang boleh memberi manfaat kepada peniaga online khususnya kepada peniaga wanita.Apa tunggu lagi, datanglah ke program ini.
PERCUMA.datang beramai-ramai.anda akan tahu segalanya tentang business online