Rabu, 26 Februari 2014

Benarkah Kakitangan Awam Wanita Mudah Dapat Khidmat Cemerlang Berbandingkan Lelaki ???

Mungkin penjawat awan agak serba kekurangan dan hanya memakai pakaian yang agak ketat dan mengiurkan utk menarik minat pegawai pegawai atasan supaya wanita in mudah mesra dan mudah untuk mendapat khidmat cemerlang dari pegawai atasan atau pun dari bos.

Ada dikalangan wanita wanita ini mungkin beranggapan berpakaian seksi ini boleh menarik perhatian bos supaya dapat dinaikkan pangkat dengan lebih cepat. 



Pakaian penjawat awam mencolok mata? itulah yang menjadi isu dalam keluaran akhbar hari ini dalam ruangan Forum Bharian daripada kiriman pembaca bernama Shab Yaa berasal daripada Seremban. 

Beliau mendakwa pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari jumaat. Beliau turut menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula pemakaian yang dikenakan ramai penjawat awam ketika ini.

Apa kata penjawat awam dan masyarakat umum? adakah dakwaan ini berasas? Sudah tentu penjawat awam yang membaca artikel ini ada jawapannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan