Ahad, 28 Julai 2013

Tahniah DS @Tengkuadnanreal Dilantik Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP


Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan merangka strategi baharu dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang. 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP, berkata pihaknya akan merangka gerak kerja yang lebih jitu bagi memastikan kerusi Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju yang dimenangi parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kembali ke tangan BN. 

Pada pilihan raya umum Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 11 kerusi Parlimen WP iaitu Putrajaya, Labuan, Titiwangsa dan Setiawangsa manakala Kepong dan Bukit Bintang merupakan kawasan tegar DAP. Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau akan berjumpa pemimpin parti komponen BN WP bagi merancang gerak kerja baru dalam usaha mencapai hasrat itu. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Kepong di sini hari ini. Tengku Adnan berkata pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP ibarat sirih pulang ke gagang kerana pernah memegang jawatan sama pada 2001. 

Menyentuh pemilihan jawatan tertinggi Umno pada 5 Oktober depan, Tengku Adnan berkata beliau tidak berniat untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti dan menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada mahu mengekalkan jawatan Setiausaha Agung parti itu yang disandangnya. 

Pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 dan baju raya kepada 200 penerima daripada golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka menyambut bulan Syawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan