Rabu, 22 Julai 2015

NGO, PBT PATUT GEMPUR JUDI ONLINE


Usaha menggempur kegiatan perjudian online tidak sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya memerlukan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa kerjasama tiga pihak terbabit, adalah sukar untuk menghapuskan ke­giatan haram itu sehingga ke akar umbi. Katanya, polis tidak sepatutnya memandang remeh peranan NGO dan PBT dalam menangani gejala itu dan wajar menjalinkan kerjasama yang lebih erat agar tindakan yang lebih berkesan dapat diambil ke atas pemilik premis perjudian. 

“Selama ini polis dan PBT saling menuding jari dalam menangani isu perjudian sehingga banyak pihak yang keliru pihak mana satukah yang sebenarnya ‘tidak buat kerja’. “Polis dan PBT sepatutnya be­kerjasama termasuklah menerima pandangan daripada NGO-NGO yang mewakili ahli masyarakat,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ke­tua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad semalam yang menegaskan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan tindakan membanteras mesin perjudian online sebelum ini masih lagi berkuat kuasa. 

Dalam kenyataan itu, Zainuddin berkata, sejak Januari sehingga Julai 2015, sebanyak 418 premis diserbu, 1,291 orang ditahan dan 12,389 buah komputer beserta peralatannya serta wang tunai seba­nyak RM157,990 telah dirampas oleh polis. Nadzim menegaskan, polis, NGO dan PBT mempunyai peranan serta kelebihan tersendiri yang boleh digabungkan menerusi satu pasukan dalam usaha menangani gejala itu dengan lebih cepat serta berkesan. “Polis mempunyai bahagian perisikan dan bidang kuasanya sendiri, begitu juga dengan PBT dengan bahagian penguat kuasa masing-masing manakala NGO pula menerima banyak maklumat dan aduan daripada orang ramai. 

Semua elemen ini perlulah digabungkan untuk tujuan tersebut,” katanya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Me­layu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut bekerjasama dengan polis, NGO dan PBT. 

Katanya, kerjasama daripada semua pihak yang terbabit akan memudahkan risikan, serbuan, tangkapan serta pendakwaan di mahkamah dilakukan terhadap tauke-tauke premis perjudian yang masih berdegil meneruskan kegiatan haram itu. “Apabila sudah ada persetujuan itu, maka satu jawatankuasa bersepadu bagi menggabungkan kerjasama polis, NGO dan PBT dan juga SKMM bolehlah ditubuhkan supaya tindakan tegas dengan segera dapat dilakukan. “Ketika itu tidak akan timbul lagi isu tuding menuding jari antara satu sama lain dan JMM juga tidak perlulah lagi mengadu ke sana ke mari,” katanya, - UTUSAN ONLINE

Ahad, 19 April 2015

@Alihamsa55 Perniagaan Online Penjawat Awam Wajib Dipantau

BERNIAGA ONLINE SATU KESALAHAN JIKA TIDAK DAFTAR SSM !!! 



Sesiapa sahaja rakyat malaysia yang berhasrat atau sedang menjalankan perniagaan Online wajib berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah pendaftaran perniagaan atau pemerbadanan syarikat.

Kalau tidak ia boleh dianggap satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965.Malah pendaftaran ini juga seiring dengan Peraturan Urus Niaga Elektronik 2012 di bawah KPDNKK.

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut datanglah ke Program SSM - Online Networking Entrepreneurs (SSM-ONE) 2015 anjuran SSM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang berlangsung pada 4 - 5 Jun 2015 dari jam 10 am - 930 pm selama dua hari di The Curve Damansara KL. 

Program SSM-ONE 2015 ini diadakan bertujuan untuk beri penerangan kepada rakyat malaysia berhasrat atau sedang menjalankan perniagaan secara online tentang betapa penting berdaftar dengan SSM.

Kalau anda pergi program ini nanti,segala persoalan seperti kenapa perlu daftar ??? Bagaimana daftar? dan apa-apa pun soalan pasti boleh dijawab dalam program SSM-ONE ini nanti.

Pada masa yang sama,SSM-ONE juga akan jemput MCMC utk beri penerangan tentang pemberian geran kepada sesiapa ingin mulakan perniagaan secara online. 

Sebenarnya banyak agensi atau badan berkaitan yang akan dijemput untuk bagi penerangan tentang perkhidmatan mereka yang mana boleh memberi manfaat kepada peniaga online.

Program akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Hasan Malek Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Sri Rohani Abdul Karim juga akan hadir untuk memberi sedikit amanat dan bercakap sedikit tentang perkhidmatan kementeriannya yang boleh memberi manfaat kepada peniaga online khususnya kepada peniaga wanita.Apa tunggu lagi, datanglah ke program ini.

PERCUMA.datang beramai-ramai.anda akan tahu segalanya tentang business online