Isnin, 29 Julai 2013

Pertandingan 6 Penjuru Merebut Kerusi Panas NKPUM Akan Di Perdebatkan !! Siapakah Yang Layak ???

 BAKAL MEREBUT Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Siapakah Yang Akan Di Nobatkan 
NKPUM


Siapakah antara mereka yang akan dinobatkan kerusi panas  Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang akan mengantikan YB Dato Razali Ibrahim yang telah memegang jawatan NKPUM?

KHAIRUL AZWAN
KETUA PEMUDA UMNO PERAK
 
Khairul Azwan Dato Harun atau Azwanbro merupakan seorang peniaga yang berjaya dan kalau diikutkan buat masa ini beliau memang dilihat rapat dengan ketua pergerakan pemuda UMNO Malaysia.


SAUDARA IRUAN
KETUA PEMUDA UMNO LENGGONG

Ketua Pemuda UMNO bahagian Lenggong, saudara Iruan juga tidak melepaskan peluang serta sedia menawarkan diri bertanding untuk merebut  kerusi panas NKPUM pada pemilihan yang akan datang

SAUDARA JAMAWI JAAFAR
KETUA PEMUDA UMNO TENOM SABAH

Jamawi Jaafar,iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Sabah beliau juga telah mengisytiharkan bahawa beliau juga akan bertanding merebut Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang akan di pertandingkan dalam Pemilihan UMNO tak lama lagi. Beliau juga mempunyai pengaruh yang besar dikalangan artis serta mempunyai jentera jentera yang agak besar dari negeri Sabah dan Serawak.

SAUDARA LOKMAN ADAM
PENGERUSI UNIT PIDATO 

Tak kurang hebat juga saudara Lokman Adam iaitu Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia juga seorang yang berpengaruh yang amat luar biasa dan beliau ini juga dilihat sangat popular dikalangan Pemuda Pemuda UMNO dan Saudara Lokman Adam juga telah mengelilingi seluruh negara dalam perlibatan memberikan ceramah serta memberikan latihan latihan  berpidato kepada ratusan orang pemuda pemuda UMNO dalam negara ini.


SAUDARA NAZIR
BN Youth Job Fair

Kemungkin juga Nazir mampu untuk memberikan saingan sengit kepada semua calon calon yang ada kerana beliau telah berjaya memberikan banyak peluang peluang pekerjaan kepada ratusan anak muda melalui program BN Youth Job Fair. Dengan ini jugak saudara Nazir mampu memberi tamparan hebat kepada pesaing pesaing yang ingin merebut jawatan NKPUM yang akan datang.


SAUDARA RAZLAN 
KETUA PEMUDA SEPUTIH

Inilah orang yang paling digeruni serta berkuasa dalam mengawal pengiat pengiat Media Sosial yang sedang  rancak berjuang demi mempertahankan sesebuah intitusi intitusi yang di mainkan oleh pengiat Media Sosial ini. Beliau dikenali Saudara Razlan dan beliau adalah Ketua Pemuda Seputeh serta beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Unit Media Baru dan beliau juga adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang amat popular dan disenangi dikalangan Exco Exco Pemuda Malaysia.

Saudara Razlan juga mempunyai kekuatan yang begitu Drastik dan Dramatik dalam permainan Media Siber atau dikenali Media Sosial yang boleh menumbangkan calon calon lawan yang lain dengan mengunakan dan mengerakan  jentera jentera Cyber dan CyWar yang telah mempunyai pengikut pengikut yang ramai. Saudara Razlan juga begitu mahir dalam permainan Media Sosial serta beliau juga boleh melontarkan beberapa pandangan serta pendapat yang agak bernas dalam isu isu pemuda di masa kini.

Ahad, 28 Julai 2013

Tahniah DS @Tengkuadnanreal Dilantik Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP


Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan merangka strategi baharu dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang. 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP, berkata pihaknya akan merangka gerak kerja yang lebih jitu bagi memastikan kerusi Lembah Pantai, Batu, Segambut, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju yang dimenangi parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008, kembali ke tangan BN. 

Pada pilihan raya umum Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 11 kerusi Parlimen WP iaitu Putrajaya, Labuan, Titiwangsa dan Setiawangsa manakala Kepong dan Bukit Bintang merupakan kawasan tegar DAP. Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau akan berjumpa pemimpin parti komponen BN WP bagi merancang gerak kerja baru dalam usaha mencapai hasrat itu. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Kepong di sini hari ini. Tengku Adnan berkata pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP ibarat sirih pulang ke gagang kerana pernah memegang jawatan sama pada 2001. 

Menyentuh pemilihan jawatan tertinggi Umno pada 5 Oktober depan, Tengku Adnan berkata beliau tidak berniat untuk bertanding apa-apa jawatan dalam parti dan menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada mahu mengekalkan jawatan Setiausaha Agung parti itu yang disandangnya. 

Pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 dan baju raya kepada 200 penerima daripada golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka menyambut bulan Syawal.

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Diadakan Serentak @NajibRazak @Tunfaisal @Tengkuadnanreal


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif pada pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Oktober ini. Najib yang juga Presiden Umno berkata ini kerana pemilihan itu akan dijalankan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang baru. 

"Pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno yang berdasarkan perlembagaan baru parti, insya-Allah, bakal menjadikan Umno lebih terbuka, demokratik dan inklusif," katanya di laman Facebooknya hari ini. Pada mesyuarat MT semalam, Najib mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Okt ini. 

Pindaan perlembagaan Umno yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti. 

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini. Sementara itu, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini, dan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember ini.

Satu Lagi Kompleks Kerajaan Bertaraf Antarabangsa Mula Dilaksanakan

Satu lagi usaha kerajaan membina satu lagi kompleks kerajaan Parcel F yang beriktiraf Antarabangsa yang sedang dalam pembinaan dan mungkin siap pada 2015












Ahad, 21 Julai 2013