Selasa, 1 April 2014

@NajibRazak @Alihamsa55 KSN Keluarkan Pekeliling Baru Untuk Jatuhkan Perdana Menteri @TKSUKJPM


Kenapa KSN selalu menyalahkan kakitangan sokongan yang terlibat dalam Media Sosial mohon KSN jelaskan

Untuk makluman KSN Tan Sri Ali Hamsa mungkin atas desakan kewangan maka penglibatan diri kedalam kegiatan Media Sosial adalah amat mudah untuk seseorang kakitangan sokongan untuk lakukan bagi menampung kekurangan seisi keluarga dan desakan keperluan.  

BACA LINK DIBAWAH

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA KERAJAAN DALAM FACEBOOK


KSN SILA JELASKAN
  • Kenapa ada sahaja Pekeliling baru dikeluarkan oleh Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan untuk pegawai sokongan yang telah melibatkan diri dalam Media Sosial?? 
  • Kenapa Pegawai Atasan sering sahaja menindas dan menzalimi kakitangan sokongan mencari rezeki lebih dalam kebolehan beliau menggunakan Media Sosial untuk membantu Kerajaan Malaysia serta membantu Perdana Menteri Malaysia sendiri. 
  • Atau ada dikalangan Pegawai Atasan Kakitangan Kerajaan adalah penyokong kuat pembangkang yang tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, 
  • Dan kemungkinan ada juga dikalangan Pegawai Atasan menjadi duri dalam daging memburuk burukan ke pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan juga menteri menteri Kabinet yang lain. 
  • Dan mungkin ada juga perasaan kecewa wujud pada kakitangan sokongan tersebut setelah berkhidmat lebih dari 14 tahun dan Pegawai Atasan tidak pernah menghargai dan beliau merasakan tidak pernah dihargai oleh Peringkat Atasan dan Peringkat Jabatan akhirnya bosan kerana sering diperkotak katikan oleh Pegawai Atasan. 

PENJAWAT AWAM YANG MENGHINA PERDANA MENTERI

Memandangkan kakitangan sokongan tersebut seperti Kerani tidak disediakan peralatan seperti komputer,meja dan sebagainya, bagaimana pula ada dikalangan kakitangan sokongan hanya berjawatan memandu dengan menggunakan kenderaan, Tetapi pemandu tersebut tidak disediakan kenderaan hampir berbulan bulan dan bagaimana beliau ingin melakukan kerja lebih masa (OT) sedangankan beliau ada tanggungjawab hendak dilakukan. 

Dan ini boleh dikatakan Kerajaan Zalim Walaupun penglibatan saya dalam menggunaan Media Sosial ketika ini, saya banyak membantu Kerajaan Malaysia dan banyak membuat kajian sebelum saya menangkis segala tomahan tomahan dan cacian yang sering dibuat oleh orang awam Media Asing terhadap DS Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia sekarang ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan